KAWAD DAN LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN 2010


KAWAD DAN LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN

(1) BILA KEBAKARAN BERLAKU

Sesiapa iaitu samada murid guru atau kakitangan sekolah yang lain yang ternampak kebakaran hendaklah memberitahu pihak pentadbir dengan segera supaya loceng isyarat kecemasan dibunyikan secepat mungkin.

(2) MEMBUNYIKAN LOCENG ISYARAT

Isyarat kebakaran iaitu bunyi loceng elektrik yang terus menerus selama 3 minit. Apabila bekalan elektrik terputus, isyarat adalah bunyi Loceng Manual yang dibunyikan oleh kakitangan-kakitangan yang berada di pejabat.

(3) MENGOSONGKAN BANGUNAN

  1. Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid hendaklah menunggu guru yang berada di dalam bilik itu.Guru itu akan memberi arahan untuk keluar dari bagunan itu dengan selamat.
  1. Murid-murid dari setiap kelas hendaklah disusun dalam dua barisan dan kemudian meninggalkan bilik itu mengikut jalan yang ditentukan.
  1. Semasa bergerak, murid-murid hendaklah senyap, tidak terburu-buru, tidak berlari atau potong jalan.
  1. Guru yang berkenaan akan mengiringi barisan murid-murid di kelas yang tertentu lalu membawa mereka keluar bersama-sama.
  1. Jika terdapat murid yang sakit dan tidak boleh bergerak sendiri, maka guru itu hendaklah mengarahkan murid-murid yang lain membawanya keluar bersama-sama.
  1. Semua ketua darjah hendaklah menyediakan satu senarai nama murid-murid di dalam kelasnya dan menyimpan di dalam loceknya setiap masa di sekolah supaya ia dapat digunakan untuk mengambil kedatangan jika buku kedatangan tidak dapat dicari pada masa kecemasan itu.
  1. Murid-murid yang sedang mengadakan Pendidikan Jasmani di Gelanggang bola keranjang sekolah pada masa itu hendaklah berhenti dan berkumpul di hadapan guru mereka. Guru itu akan menyuruh murid-murid itu bergerak ke tempat berkumpul.
  1. Guru-guru dan pekerja-pekerja yang lain hendaklah keluar dari bangunan dan bergerak ke tempat berkumpul dengan segera.
  1. Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng kecemasan berbunyi, mereka hendaklah pergi terus ke tempat berkumpul dengan segera, kemudian berada bersama-sama dengan rakan-rakan sedarjah.
  1. Tiada seorang pun dibenarkan memasuki semula ke bangunan ini untuk mengambil barang-barang seperti baju, buku dan lain-lain melainkan mendapat kebenaran daripada Pegawai Bomba atau Guru Besar.

(4) KECEMASAN PADA WAKTU REHAT

  1. Jika isyarat kecemasan berbunyi pada waktu rehat, maka murid-murid yang berada di kantin hendaklah membiarkan makanan mereka di atas meja dan berhenti bercakap. Kemudian mereka hendaklah bergerak ke tempat berkumpul dengan teratur. Mereka harus mematuhi arahan-arahan daripada guru-guru yang bertugas di situ. Pengawas-pengawas yang bertugas di kantin hendaklah membantu guru-guru dengan mengarahkan murid-murid keluar dari antin dengan teratur.
  1. Murid-murid yang berada di tempat lain hendaklah bergerak ke tempat berkumpul dengan tidak terburu-buru. Guru-guru yang tidak bertugas khas pada masa itu hendaklah bergerak ke tempat perhimpunan bersama-sama dengan murid-murid.
  1. Pengawas-pengawas hendaklah memastikan tiada seorang pun berada di bilik darjah berdekatan dengan tempat bertugas mereka sebelum mereka meninggalkan bangunan itu.

(5) TEMPAT BERKUMPUL

Kawasan yang telah ditetapkan sebagai tempat berkumpul pada masa kebakaran berlaku hendaklah diikuti dengan sepenuhnya supaya tindakan yang sewajarnya akan diambil pada bila-bila masa.

(6) JALAN-JALAN YANG HALUS DIIKUTI

Pada masa kebakaran berlaku jalan-jalan dan pintu-pintu yang ditetapkan seperti yang ditunjukkan dalam peta mesti diikuti oleh setiap orang murid.

(7) PANGGILAN BARIS

Setelah murid-murid dan kakitangan sampai di tempat berkumpul panggilan baris akan dilakukan. Sebaik-baiknya nama-nama dipanggil mengikut susunan di buku kedatangan murid-murid. Jika terdapat nama murid yang dipanggil itu tidak berada di tempat berkumpul, maka kawan-kawan sedarjahnya hendaklah mencarinya dengan segera.

LATIHAN KECEMASAN

Matlamat : Melatih dan memastikan bahawa murid-murid dapat bergerak dengan beratur semasa   kecemasan.

Langkah-langkah :

  1. Loceng terus-menerus dibunyikan.
  2. Guru-guru yang sedang mengajar dikehendaki membawa murid ke tempat berkumpul.
  3. Guru-guru menyemak dan memastikan kehadiran murid di tempat berkumpul.
  4. Guru-guru yang tiada kelas(free period)dikehendaki meronda kelas untuk memastikan tidak ada murid yang tertinggal dalam kelas.
  5. Kalau berlaku kecemasan pada waktu rehat, murid-murid boleh terus bergerak ke tempat berkumpul. Guru darjah akan memastikan kehadiran murid.
  6. Murid-murid tidak perlu mengambil beg sekolah semasa keluar dari kelas.
  7. Murid-murid hendaklah berdisiplin semasa keluar dari kelas.
About these ads
By Cikgu Hafiz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s