Surat Pekeliling

SJK ( C ) FOON YEW 2,

JALAN TASEK UTARA,                                                                                      FAX:2231878

80100 JOHOR BAHRU.                                                                                       TEL: 2221448

—————————————————————————————————————-

‘SALINAN’

JABATAN PENDIDIKAN JOHOR,

JALAN TUN ABDUL RAZAK,

80604 JOHOR BAHRU.

—————————————————————————————————————-

JPNJ/AM/0740/(3)

28 September 1993

Semua Ketua Penolong Pengarah,

Semua Pegawai Pendidikan Daerah,

Semua Pengetua Sekolah Menengah,

Semua Guru Besar SRK/SK/SRJK(C )/SRJK (T).

Tuan/Puan,

Pemakaian Tanda Nama Dan Pakaian Seragam

Adalah saya diarah menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas dimaklumkan bahawa hasil lawatan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia Dato’ Mohd. Noordin Hassan ke Jabatan Pendidikan Johor pada 14 September 1992 didapati kebanyakan pegawai/kakitangan Jabatan tidak memakai tanda nama dan pakaian seragam (bagi yang diperuntukkan pakaian seragam).

2.         Oleh yang demikian, dengan terkeluarnya Pekeliling ini diharapkan tuan/puan mengambil perhatian berat, mewajibkan pemakaian tanda nama dan pakaian seragam bagi pegawai / kakitangan di bawah pengawasan dan pentadbiran tuan / puan dalam masa waktu pejabat.

3.         Lawatan mengejut mengenai perkara ini akan dibuat dari semasa ke semasa bagi mempastikan arahan ini dipatuhi.

4.         Sekian kerjasama tua/puan dalam perkara ini diucapkan terima kasih.

”   BERKHIDMAT UNTUK NEGARA   “

Saya yang menurut perintah,

t.t.

( ARIFFIN BIN MOHD SALLEH )

Ketua Penolong Pengarah,

Unit Perkhidmatan dan Tadbiran,b.p. Pengarah Pendidikan Johor.

s.k.

Timbalan Pengarah Pendidikan Johor II

SJK ( C ) FOON YEW 2,

JALAN TASEK UTARA,                                                                                      FAX:2231878

80100 JOHOR BAHRU.                                                                                       TEL: 2221448

—————————————————————————————————————-

‘SALINAN’

BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH,

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,

BANGUNAN BANK PERTANIAN,

TINGKAT 12 – 14,

LEBOH PASAR BESAR,                                                                                         TEL: 922066

KUALA LUMPUR.                                                                               KAWAT: PELAJARAN

—————————————————————————————————————-

Ruj. Kami: KP.8591/(80)

Tarikh : 14 September 1981

Pengarah Pelajaran

Semua Negeri.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981

Penggunaan Waktu Tidak Mengajar / Waktu Luang (Free Period) oleh Guru-Guru

Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing. Didapati ada sebahagian kecil guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu dibetulkan.
  1. Oleh itu tuan/puan diminta memberitahu semua Guru Besar supaya:-

2.1              Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar / waktu luang (free period) itu adalah masa bekerja.

2.2              Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk:-

2.2.1        Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah / tingkatan.

2.2.2        Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar dan sebagainya.

2.2.3        Memeriksa buku latihan murid-murid.

2.2.4        Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.

2.2.5        Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja ko-kurikulum.

2.2.6        Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar.

Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada murid-murid, khasnya dan sekolah, amnya.

3.         Harap dapat surat Pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah untuk panduan dan tindakan mereka.

”   BERKHIDMAT UNTUK NEGARA   “

Saya yang menurut perintah,

t.t.

( DATO’ HAJI IDRIS BIN TAIN )

Bahagian Sekolah-Sekolah,

b.p. Ketua Setiausaha,

Kementerian Pelajaran.

SJK ( C ) FOON YEW 2,

JALAN TASEK UTARA,                                                                                      FAX:2231878

80100 JOHOR BAHRU.                                                                                        TEL: 2221448

—————————————————————————————————————-

SULIT
‘SALINAN’

Bil. KP. Sulit 0504/11/(144)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972

Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959

Saya adalah diarah menarik perhatian tuan kepada Peraturan 5 dalam Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959 yang berbunyi seperti berikut:-

5.1              Bagi maksudkan memelihara tatatertib di kalangan murid-murid Guru Besar hendaklah diberi kuasa untuk mengenakan hukuman-hukuman sebagaimana perlu atau mustahak.

Dengan syarat –

(a)                Hukuman dera atau “Corporal Punishment” terhadap murid-murid perempuan adalah dilarang ; dan

(b)               Hukuman dera terhadap murid laki-laki oleh seorang guru atau kakitangan yang lain hendaklah dihadkan kepada pukulan-pukulan dengan rotan kecil ke atas tapak tangan atau punggung di atas pakaian dan hendaklah dikenakan hanya oleh Guru Besar atau dengan kuasa diberikannya dalam sesuatu kes tertentu.

5.2              Satu rekod mengenai semua hukuman yang dikenakan dibawah perenggan 5.1. hendaklah disimpan rahsia dalam satu borang (cara) yang diluluskan oleh Pendaftar.

Sila menarik perhatian semua sekolah-sekolah kepada Peraturan yang dinyatakan di atas supaya pihak yang berkenaan dapat mematuhi Peraturan ini dengan tepat.

”   BERKHIDMAT UNTUK NEGARA   “

Saya yang menurut perintah,

t.t.

Sdg. (Kum Boo)

b.p. Ketua Setiausaha,

Kementerian Pelajaran.

PERANAN GURU DALAM MELAKSANAKAN DISIPLIN SEKOLAH

  1. 1. Pengenalan

1.1              Guru adalah suatu unsur yang sama pentingnya dengan murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Seseorang guru mempunyai peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengajar tetapi juga mendidik iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui pelaksanaan disiplin yang baik.

1.2              Guru memainkan peranan yang pentingnya dalam melaksanakan disiplin sekolah kerana guru adalah orang yang rapat sekali dan mempunyai hubungan langsung dengan murid-murid. Oleh itu, perlaksanaan disiplin sekolah adalah tanggungjawab dan tugas Guru Besar, Guru Penolong Kanan atau Guru Disiplin sahaja.

1.3              Di dalam melaksanakan tugas ini, guru seharusnya mencari pendekatan-pendekatan yang sesuai supaya mencapai matlamat akhir iaitu membentuk disiplin yang baik dalam diri murid-murid itu sendiri. Disiplin diri sediri ini sepatutnya datang dari kerelaan dan kesukaan hatinya sendiri, dan bukan disebabkan oleh paksaan atau perasaan takut. Untuk mencapai matlamat akhir ini, guru sendiri seharusnya mempunyai disiplin yang baik dan menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada nurid-murid serta dirinya sendiri.

  1. 2. Peranan Guru

2.1              Peranan guru dalam melaksanakan disiplin sekolah bolehlah disimpulkan kepada dua bahagian:

a)                  Mengawas disiplin di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah dan juga di dalam kegiatan-kegiatan di luar sekolah. Guru hendaklah juga memberi kerjasama sepenuhnya kepada Guru Besar dan sesama guru sendiri di dalam tugas melaksanakan disiplin sekolah.

b)                  Menjalankan hukuman disiplin apabila diarahkan oleh Guru Besar secara arahan nyata mengikut peraturan-peraturan yang ada.

  1. 3. Langkah-Langkah Mengelakkan Timbulnya Masalah Disiplin.

3.1              Di antara langkah-langkah yang dapat menggelakkan timbulnya masalah disiplin ialah:

a)                  Menentukan yang semua murid sentiasa memenuhi masa mereka dengan kerja-kerja yang berfaedah iaitu dengan memberi kerja tambahan kepada murid-murid yang lebih cerdas dan cekap dan memberi pertolongan individu kepada murid-murid yang lemah. Dengan cara ini murid-murid tidak akan merasa bosan dan jemu dan oleh itu akan kurang menimbulkan masalah disiplin.

b)                  Mewujudkan suasana yang sesuai supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan.

c)                  Persediaan mengajar hendaklah lengkap sebelum masuk ke bilik darjah. Kaedah-kaedah penyampaian pelajaran yang dipelbagaikan dapat menarik minat dan perhatian murid-murid. Untuk mencapai tujuan ini guru hendaklah melibatkan murid-murid secara aktif melalui perbincangan, perbahasan, soal jawab dan tugasan seperti membuat laporan mengenai lawatan sambil belajar, menjalankan projek tertentu, dan lain-lain tugasan mengenai pelajaran semasa. Alat-alat bantuan mengajar seperti filem jalur, televisyen, radio, slaid dan lain-lain akan dapat menarik minat murid-murid untuk belajar dan seterusnya menghasilkan disiplin yang baik.

d)                  Guru haruslah sedar bahwa murid-murid adalah manusia biasa seperrti guru juga. Oleh itu murid-murid patutlah diberi layanan yang beradab. Ini akan mendorong murid-murid memberi penghormatan yang setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila Profesyen Perguruan.

e)                  Kebolehan dan pencapaian murid-murid adalah berlainan di antara sama lain. Oleh itu guru perlu meletakkan harapan pencapaian murid-murid sesuai dengan kebolehan mereka. Kaedah dan cara pendekatan mengajar hendaklah disesuaikan dengan kebolahan mereka. Ini akan dapat mengelakkan masalah disiplin daripada berlaku.

f)                    Memeriksa kerja-kerja murid dan memberi makluman balas dengan segera mengenai tugasan yang diberikan kepada mereka supaya pembetulan dapat dibuat. Dengan iini murid-murid tidak akan menganggap yang guru telah membuang dan mensesiakan masa dan tenaga meraka. Perasaan baik yang dihasilkan ini akan mengurangkan masalah disiplin.

g)                  Semasa menilai kerja-kerja yang dijalankan oleh murid-murid, guru perlu memberi pengukuhan yang positif seperti memberi pujian, markah yang tinggi dan  sebagainya telah disempurnakan dengan baik dan memuaskan. Pengukuhan positif ini akan menjadikan pembetulan lebih mudah diterima oleh murid-murid dan dapat memenuhi keperluan semula jadi untuk mendapat penghargaan.

h)                  Guru haruslah bersifat adil dan tekal apabila menyelesaikan masalah supaya murid-murid selalu menghormati guru. Masalah disiplin akan berlanjutan sekiranya murid-murid tidak lagi menghormati guru.

i)                    Guru hendaklah mengelakkan hukuman yang keras ke atas murid-murid kecuali sebagai langkah terakhir.

j)                    Hukuman keras, sekiranya diberi, eloklah menentukan kuasa menghukum dan mengikut Peraturan-peraturan.

  1. 4. Tugas-tugas Bagi Guru-Guru Khas di Dalam Melaksanakan Disiplin

4.1              Walaupun setiap guru bertanggungjawab melaksanakan disiplin sekolah guru-guru memegang tugas khas yang berikut adalah diharapkan dapat memainkan peranan lebih dalam hal ini.

5.     Guru Disiplin

Di antara tugas-tugas guru disiplin ialah

a)      Membantu Guru Besar merangka atau membuat peraturan-peraturan sekolah.

b)      Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa kegiatan dijalankan sama ada di dalam atau diluar sekolah.

c)      Mengawasi pengawas-pengawas sekolah.

d)      Menjadi penyelaras di antara guru-guru dan Guru Besar di dalam hal disiplin murid-murid.

e)      Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.

f)        Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa/penjaga di dalam masalah disiplin.

g)      Membantu Guru Besar menimbulkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan murid-murid dan guru-guru.

6.     Guru Ko-Kurikulum

Di antara tugas-tugas guru ko-kurikulum ialah

a)        Mengatur jadual kegiatan-kegiatan ko-kurikulum serta mengadakan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perlaksanaannya.

b)        Menjadi penyelaras di antara ahli-ahli persatuannya dengan guru disiplin / Guru Besar sekiranya masalah disiplin timbul di dalam persatuan.

c)        Mengatur acara atau kegiatan yang menarik dan berfaedah untuk persatuannya dan memupuk bakat di kalangan murid-murid.

  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling

Di antara tugas-tugas guru bimbingan dan kaunseling ialah:-

a)         Memberi kerjasama dan nasihat dan pandangan guru disiplin dan guru-guru lain di dalam menyelesaikan masalah disiplin.

b)         Memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid yang mempunyai masalah disiplin untuk mewujudkan tatakelakuan yang diingini.

c)         Membuat perhubungan dengan ibubapa / penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai Kebajikan Masyarakat atau pihak polis melalui / atas kebenaran Guru Besar.

  1. 8. Contoh-contoh Tindakan Disiplin Dalam Bilik Darjah

8.1     Di dalam menyelesaikan masalah disiplin adalah penting bagi guru memahami psikologi kanak-kanak dan mengelakkan diri daripada menghukum semata-mata untuk menghukum dan melepaskan geram atau dendam. Menghukum biarlah dengan tujuan untuk menolong murid-murid yang bersalah memperbaiki tatakelakuan dan cara hidupnya yang tidak berdisiplin kepada yang lebih berdisiplin, seperti yang dikehendaki oleh masyarakt sekolah dan seterusnya masyarakat umum.

Di antara lain-lain, tindakan-tindakan berikut bolehlah dicontohi:

a)            Memberi nasihat dan amaran kepada murid-murid yang telah terbukti bersalah.

b)            Memberi kerja-kerja yang membina dengan tujuan membentuk semanat dan sikap sayang dan banggakan sekolah sendiri dan juga membersihkan bilik darjah dan seumpamanya.

c)            Menghantar murid kepada Guru Besar untuk diberi nasihat atau hukuman. Cara ini hendaklah jangan selalu sangat dilakukan kerana dengan berbuat demikian guru itu sendiri akan kehilangan kewibawaan dirinya dan dipandang rendah oleh murid-murid.

d)            Memberi murid tanggungjawab atau tugas tertentu secara berperingkat-peringkat seperti menjadikannya ketua barisan, menjaga kebersihan bilik darjah, menjadi ahli jawatankuasa sesuatu kegiatan dan lain-lain. Tindakan mengiktiraf keupayaan murid-murid di dalam bidang kepimpinan ini akan dapat mengubah sikap dan kelakuan murid-murid yang menimbulkan masalah disiplin.

  1. 9. Tatacara Menyelesaikan Masalah Disiplin

Sekiranya guru perlu menyelesaikan masalah disiplin, langkah-langkah berikut bolehlah dianggap sebagai contoh:

a)         Guru haruslah lihat atau anggap tiap-tiap kesalahan secara objektif. Elakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan diri daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu. Sekiranya berasa was-was mintalah pendapat rakan sejawat atau Guru Besar sebelum mengambil tindakan.

b)         Wujudkan suasana tenang di antara guru dan murid sebelum memulakan usaha penyelidikan mengenai punca-punca masalah disiplin murid.

c)         Beri murid peluang untuk menjelaskan kesalahannya dan guru hendaklah mendengar penjelasan dengan teliti dan cuba memahami masalahnya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

d)         Jika murid didapati bersalah, guru seharusnyalah membantu murid menyedari kesalahannya dan menasihatinya untuk mengubah kelakuan. Sekiranya usaha ini gagal dan kesalahan diulangi, minta kerjasama guru Bimbingan dan Kaunseling untuk menyelidik dan mengkaji punca masalah disiplin berkenaan, dan setelah itu barulah tindakan yang sesuai diambil.

e)         Di dalam masalah disiplin yang dianggap ada kaitan dengan keluarga murid, guru patutlah Minta kerjasama daripada ibubapa / penjaga untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan pengetahuan Guru Besar.

f)           Ada kalanya masalah disiplin mempunyai kaitan dengan masalah ekonomi / keluarga. Di dalam hal ini guru bolehlah merujukkannya kepada Pegawai Kebajikan Sekolah melalui Guru Besar.

g)         Dimana kesalahan disiplin bersabit dengan jenayah, penggunaan dadah, peras ugut, subversif, anti sosial, mencuri dan lain-lain seumpamanya, Guru Besar hendaklah diberitahu dengan serta-merta.

2 comments on “Surat Pekeliling

  1. Ilmu itu tidak lebih penting memilikinya tinimbang menggunakannya. Pemanfaatan ilmu-lah yang memuliakan kita. Bukan banyak-banyakan pengalaman; tetapi banyak-banyakan menggunakan ilmu.
    Terimakasih telah berbagi pengalaman yang bermanfaat di blog ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s