MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2012


Guru Besar
Semua Sekolah Rendah
Daerah Johor Bahru

Tuan,

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk hadir ke majlis tersebut sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 19 November 2012 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SK Temenggong Abdul Rahman 1, Johor Bahru

3. Segala kerjasama yang diberikan, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Abu Bakar bin A. Majid, Penyelia Peperiksaan (013-7718877).

By Cikgu Hafiz Tagged

PENGHANTARAN DATA MURID YANG TIDAK MENGUASAI ASAS 3M (PINCH) BIL.3/2012 (SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH


Pengetua dan Guru Besar yang dihormati,

Surat JPNJ.PEM(47)/600-8/2/1/(36) bertarikh 8 Oktober 2012 dirujuk.
Bersama-sama ini disertakan surat dan borang DATA P1NCH BIL.3/2012. Pohon kerjasama pihak tuan untuk menghantar borang tersebut sebelum atau pada 31 Oktober, 2012 di Unit Akademik PPDJB u.p Pn. Norasikin bt Wahid, Pen.PPD Bahasa Melayu Rendah.

Sekian, terima kasih.

Muat turun borang di laman sesawang PPDJB.

By Cikgu Hafiz

LABEL MEJA CALON PEPERIKSAAN UPSR DAN PMR 2012


Pengetua dan Guru Besar
Semua Sekolah Menengah dan Rendah Kerajaan dan Swasta
Daerah Johor Bahru

Tuan,

LABEL MEJA CALON PEPERIKSAAN UPSR DAN PMR 2012

Dimaklumkan bahawa Sistem Kemasukan Markah Kerja Kursus UPSR dan PMR dilanjutkan sehingga 7 September 2012(Jumaat).
Dipohon kerjasama semua untuk menyelesaikan semua kerja termasuk mencetak label meja calon sebelum tarikh tutup kerana tiada lagi pelanjutan tarikh selepas 7 September 2012.

Sekian, terima kasih.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah Kerajaan dan Swasta

sumber: http://ppdjb.edu.my/v2/paparsegera.php?id=paparsegera&idberita=12343

By Cikgu Hafiz Tagged

Penangguhan Kelas Sempena UPSR 2012


Kepada, 15.08.2012
Ibubapa/Penjaga yang dihormati,
Tuan/Puan,
Penangguhan Kelas
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa UPSR akan dijalankan pada 11.09.2012 hingga 13.09.2012. Oleh itu sebahagian bilik darjah digunakan sebagai pusat peperiksaan dan beberapa orang guru sebagai pengawas peperiksaan ke sekolah lain, maka sebilangan kelas terpaksa ditangguhkan pada tarikh-tarikh berkenaan.
2. Jadual kelas-kelas yang ditangguhkan adalah tercatat di atas.
3. Untuk makluman tuan/puan, Kelas Tambahan dan aktiviti ko-kurikulum akan ditangguhkan mulai 10.09.2012 hingga 14.09.2012.

Sekian, terima kasih.
WONG WEI CHOON(Guru Besar)

By Cikgu Hafiz Tagged

PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN/NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH BAGI SESI JANUARI 2013 DAN PENGEMASKINIAN SISTEM E-OPERASI SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU


Kepada

Semua Guru Besar

Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

2. Kerjasama pihak tuan adalah dipohon untuk memaklumkan kepada semua guru di sekolah tuan untuk menyemak dan mengemaskini maklumat di dalam sistem E-operasi sebelum tarikh tutup pada 27 Ogos 2012. Pengemaskinian ini adalah untuk memudahkan proses permohonan pertukaran Guru di dalam sistem E-gTukar yang akan dibuka pada 1 September hingga 30 September 2012.

3. Sehubungan itu, Guru Penolong Kanan Kurikulum hendaklah menyemak maklumat guru yang telah dikemaskini oleh guru-guru dan disahkan oleh Guru Besar sebelum 27 Ogos 2012.

4. Tarikh akhir Permohonan Pertukaran Guru bagi sesi Januari 2013 melibatkan Pertukaran Guru Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah untuk guru pada 25 September 2012 . Ini membolehkan Guru Besar untuk membuat pengesahan sebelum 28 September 2012.

5. Surat siaran pertukaran dan garis panduan telah diedarkan dalam pigeon hole sekolah pada 13 Ogos 2012.

Sekian, terima kasih.