TUGAS-TUGAS GURU DARJAH


SJK (C) FOON YEW 2, JOHOR BAHRU, JOHOR

TUGAS-TUGAS GURU DARJAH

  1. Bertanggungjawab menyusun tempat duduk murid-murid, menyediakan jadual giliran tugas murid-murid, melantik ketua darjah, mengutip yuran khas dan sebagainya pada awal tahun persekolahan.
  1. Merekodkan butir-butir murid dalam buku rekod kedatangan dengan sempurna dan tertib.
  1. Menandakan Buku Kedatangan Harian murid dalam tempoh 30 minit selepas sesi P&P dimulakan.
  1. Mengisi ruang-ruang yang terdapat di dalam Buku Kedatangan Harian pada masa yang ditetapkan.Pastikan semua butiran betul dan tepat.
  1. Jika terdapat murid yang tidak hadir ke sekolah melebihi 3 hari tanpa apa-apa alasan daripada ibubapa / penjaga, guru darjah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghubungi ibubapa / penjaga murid yang berkenaan dengan rasminya melalui Guru Besar.
  1. Memastikan murid-murid mematuhi segala peraturan sekolah, memberi tunjuk ajar dan nasihat pada masa-masa yang diperlukan.
  1. Bertanggungjawab memeriksa kebersihan murid-murid dan memastikan murid-murid menjalankan tugas masing-masing supaya bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan kemas, bersih dan selesa.
  1. Membimbing murid-murid menghiasikan bilik darjah, mengumpul karya dan artikal untuk rujukan murid-murid.
  1. Sudut bacaan dalam kelas harus diganti dengan bahan-bahan yang terkini dari semasa ke semasa dan sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun.

10.  Menguruskan aktiviti-aktiviti yang berfaedah serta menjaga keselamatan murid-murid.

11.  Mencalokan murid yang berpotensi untuk dilantik sebagai pengawas sekolah atau tokoh murid.

12.  Membawa murid-murid ke tempat perhimpunan apaila mengadakan majlis penting di sekolah.Pastikan murid-murid beratur dan berdisiplin.

13.  Mengemaskinikan kad 001 dengan kemas dan pastikan segala maklumat yang diisi betul dan tepat.

14.  Memilih dan melantih murid-murid dalam pertandingan koakademik peringkat sekolah atau peringkat daerah atau negeri.

15.  Melawat ke rumah murid-murid dari semasa ke semasa jika perlu.

16.  Merekod dan menjaga perabot bilik darjah, buku-buku bacaan tambahan dan alat-alat panduan mengajar yang dipamerkan dengan baik dan teliti.

17.  Menyediakan kad pelaporan kemajuan murid dan mengembalikan semula buku-buku bacaan, alat-alat panduan mengajar serta buku rekod mengajar pada setiap akhir penggal sekolah.

By Cikgu Hafiz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s