Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Sekolah


Pada 25 Februari telah diadakan sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah. Pihak sekolah telah menjemput beberapa buah sekolah untuk sama-sama memeriahkannya. Ia sebagai satu aktiviti RIMUP untuk murid-murid sekolah yang lain. Sekolah yang dijemput ialah SK Ayer Molek, SJKT Yahya Awal dan SK Convent.

Advertisements
By Cikgu Hafiz

Memperkukuhkan aktiviti sukan di sekolah


Memperkukuhkan aktiviti sukan di sekolah

1. Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan potensi individu sepenuhnya, perlu dilihat dalam pelbagai perspektif. Sebagai langkah ke arah ini Kementerian Pelajaran akan memastikan supaya sukan di sekolah-sekolah dianjurkan dengan lebih meriah dengan penglibatan masyarakat setempat. Di antara strategi yang akan dilaksanakan dalam memenuhi hasrat ini ialah dengan melaksanakan dasar mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu sukan mulai tahun 2011.

2. Dasar ini akan memastikan setiap pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan di sekolah masing-masing. Usaha ini pastinya akan meningkatkan penyertaan menyeluruh di kalangan pelajar sekolah yang berjumlah 5.4 juta di 10,000 buah sekolah di negara kita. Sehubungan itu, pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah diminta untuk membuat perancangan rapi berkaitan pembangunan sukan di sekolah-sekolah dengan menjadualkan program sukan sepanjang tahun supaya memberi peluang yang luas untuk setiap pelajar menyertai pelbagai jenis sukan di sekolah.

3. Bagi memastikan hasrat ini dicapai, Kementerian telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembangunan Sukan di Sekolah yang mana ahli-ahlinya terdiri daripada wakil pelbagai pihak yang berkepentingan dalam sukan di negara kita. Jawatankuasa ini, yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran sendiri akan merancang, melaksana dan memantau program membangunkan sukan di sekolah ini. Beberapa strategi telah dikenal pasti untuk melaksanakan program ini. Perincian strategi ini akan dilakukan apabila data dan maklumat berkaitan diperolehi daripada sekolah-sekolah bagi menentukan supaya strategi yang dikenal pasti menepati sasaran yang dikehendaki.

4. Semua pengetua, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri telah diarahkan supaya mengambil tindakan di atas pelaksanaan dasar ini sejajar dengan hasrat kita untuk melaksanakan Konsep 1Malaysia dan mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.

Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 22 Februari 2010

By Cikgu Hafiz

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1 / 2010: PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)


KP(BSPSH-SPDK)201/005/01(      )
14 Januari 2010
Semua Pengarah Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri,
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1 / 2010:
PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
2.       Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Dengan pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
3.       Pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.
4.       Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik semasa peralihan dasar PPSMI ke MBMMBI mulai tahun 2010 adalah seperti berikut:
Tahun
Peringkat persekolahan
Rendah
Menengah
Mulai 2010
P&p Sains dan Matematik
boleh menggunakan Bahasa Inggeris.
P&p Sains dan Matematik
boleh menggunakan
Bahasa Inggeris.
Mulai
2011
i)  P&p Sains dan Matematik Tahun Satu di SK menggunakan Bahasa Malaysia.
ii) P&p Sains dan Matematik Tahun Satu di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
P&p Sains dan Matematik boleh
menggunakan
Bahasa Inggeris.
Mulai
2012
i)  P&p Sains dan Matematik Tahun Empat di SK menggunakan Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris sehingga kohort tersebut tamat Tahun 6.
ii) P&p Sains dan Matematik Tahun Empat di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing dan/atau Bahasa Inggeris sehingga kohort tersebut tamat Tahun 6.
P&p Sains dan Matematik Tingkatan Satu dilaksanakan dalam
Bahasa Malaysia.
P&p Sains dan Matematik Tingkatan Empat boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia sehingga kohort tersebut tamat Tingkatan 5.
Sila rujuk kepada Lampiran 1 dan Lampiran 2 bagi jadual peralihan dasar PPSMI ke dasar MBMMBI.
5.       Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan Enam Rendah, Tingkatan Enam Atas dan Matrikulasi diteruskan dalam Bahasa Inggeris.

6.       Penyediaan soalan-soalan peperiksaan awam bagi kelompok mata pelajaran Sains dan Matematik semasa peralihan dasar adalah seperti yang berikut:
Jenis Peperiksaan
Penggunaan Bahasa pengantar
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Dwibahasa
sehingga 2015
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Dwibahasa
sehingga 2013
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Dwibahasa
sehingga 2015
7.       Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
s.k.      1.         YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
2.         YB Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
3.         YB Dr. Mohd Puad bin Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
4.         Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
5.         Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
6.         Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
7.         Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pelajaran Malaysia
8.         Penasihat Undang-Undang
Kementerian Pelajaran Malaysia
9.         Pegawai Perhubungan Awam

Kementerian Pelajaran Malaysia

By Cikgu Hafiz

Ucapan Guru Besar Sempena Tahun Baru Cina


亲爱的老师,同学及家长们:

春回大地,万象更新。伴随着新年的曲子,我们迎来了2010年农历新年。在这辞旧迎新、喜庆祥和的美好时刻,我谨致以节日的亲切问候和新年的良好祝愿!

回首2009,我为全体师生的成果倍感骄傲;展望2010,我豪情满怀。我们要配合国家新政策NKRA,全力推进新的教育理念,与时俱进,达到教与学的真正目标。 我衷心的希望宽二全体师生实事求是,为努力而奋斗。 在大家的齐心协力下,我们肯定能为宽二塑造美好灿烂的明天。

最后,祝愿大家新年快乐,健康幸福,万事如意!同学们品学俱佳,百尺竿头,更进一步。

黄惠春校长

二零一零年二月六日

By Cikgu Hafiz

敬致 : 本校全体老师/ 同学及家长


事项 ( 一 ): 农历新年假期更正

本校原定遵循教育局于21-12-2009公函之指示,谨此通知有关假期将丛13-02-2010(星期六)至21-02-2010(星期日)止,全体学生必须于22-02-2010(星期一 )回返学校上课。

由于日前配合全柔华小学校特假申请,有关假期将从12-02-2010(星期五)至22-02-2010(星期一)止,全体学生必须于23-02-2010(星期二)回返学校上课。

事项 ( 二 ):农历新年假期补课安排

配合上述长达11天的新春假期,本校全体师生需遵照由教育局编订的日期到校进行补课。校方恳请家长关注有关补课日期,并给予全力配合。有关补课时间表安排如下:

补课日期 课程安排
1 06-02-2010 (星期六) 根据星期五时间表上课
2 06-03-2010 (星期六) 根据星期五时间表上课

祝本校全体老师,学生及家长

“ 新年快乐,事事顺利”

校长 :

黄惠春启

By Cikgu Hafiz

JADUAL UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN SJK (C) FOON YEW 2, JOHOR BAHRU, JOHOR BAGI TAHUN 2010


BIL UJIAN/PENILAIAN TARIKH HARI DARJAH
月考 / 期考 日期 星期 年级
1 UJIAN BULANAN (1) 02-03-2010 SELASA( 二 ) TAHUN 1-6
月考一 03-03-2010 RABU( 三 ) 一至六年级
UPPM1 04-03-2010 KHAMIS( 四 )
2 PENILAIAN SUMATIF 24-05-2010 ISNIN( 一 ) TAHUN 1-6
KALI PERTAMA 25-05-2010 SELASA( 二 ) 一至六年级
期考一 26-05-2010 RABU( 三 )
UPPM2/ U.SETARA 27-05-2010 KHAMIS( 四 )
3 UJIAN BULANAN KE 2 27-07-2010 ISNIN( 一 ) TAHUN 1-6
月考二 28-07-2010 SELASA( 二 ) 一至六年级
29-07-2010 RABU( 三 )
30-07-2010
4 UJIAN PERCUBAAN 17-08-2010 ISNIN( 一 ) TAHUN 6
UPSR 预试 18-08-2010 SELASA( 二 ) 六年级
UPPM3 19-08-2010 RABU( 三 )
5 UPSR 21-09-2010 SELASA( 二 ) TAHUN 6
UPSR检定考试 22-09-2010 RABU( 三 ) 六年级
23-09-2010 KHAMIS( 四 )
6 PENILAIAN SUMATIF *11-10-2010 ISNIN( 一 ) TAHUN 1-6
KALI KE 2 *12-10-2010 SELASA( 二 ) 一至六年级
期考二 *13-10-2010 RABU( 三 )
*14-10-2010 KHAMIS( 四 )
By Cikgu Hafiz

SJKC Chiao Nan lancar dana bina surau


KUALA LUMPUR: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Nan, Jalan Pahang di sini, melancarkan dana pembinaan surau bagi memudahkan guru serta 107 pelajar Islam sekolah itu beribadat dan menjalankan aktiviti agama.

Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Alex Ong, berkata sekolah itu menjadi SJKC pertama di negara ini yang melancarkan dana bagi membina surau.

Beliau berkata, pelancaran dana itu minggu lalu membuktikan penduduk pelbagai kaum dan agama di negara ini boleh bekerjasama dan menghormati agama lain.

“Dana itu mendapat maklum balas positif pelbagai pihak dan saya menerima banyak panggilan dan sudah mula menerima sumbangan dari seluruh negara,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Alex yang juga penganut Kristian, berkata pihaknya melancarkan dana itu kerana sekolah berkenaan tidak mempunyai peruntukan untuk membina surau.

Sekolah itu mempunyai 688 pelajar dengan 107 daripadanya beragama Islam. Seramai 90 daripada mereka adalah Melayu, manakala selebihnya pelajar daripada keluarga muallaf dan warga asing. Sekolah itu juga mempunyai tujuh guru beragama Islam.

By Cikgu Hafiz

Pengurangan bajet KPM: Cabaran buat guru


KUALA LUMPUR 31 Jan. – Pengurangan bajet oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tahun ini dilihat sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi para guru dan pihak pengurusan sekolah dalam usaha mereka bagi mengekalkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta melahirkan pelajar-pelajar cemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad, melalui pengurangan bajet oleh KPM itu banyak aktiviti sokongan pendidikan seperti aktiviti luar bilik darjah tidak dapat dijalankan.

”Pihak sekolah hanya dapat melaksanakan aktiviti peringkat dalaman sahaja manakala peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat daerah, negeri dan kebangsaan tidak dapat dilaksanakan.

”Aktiviti-aktiviti sebegini penting dalam usaha mengasah bakat pelajar selain meningkatkan disiplin, motivasi dan sahsiah pelajar berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kementerian mempunyai alasan dan sebab mereka tersendiri mengurangkan bajet tersebut dan ia dilakukan demi untuk kebaikan semua pihak terutamanya dalam keadaan ekonomi negara yang belum pulih sepenuhnya sekarang.

”Guru-guru tidak perlu merasa sangat terbeban dengan pengurangan bajet itu kerana ia adalah bersifat sementara. Anggap ia sebagai satu cabaran dalam usaha memartabatkan pendidikan negara dan melahirkan anak bangsa yang cemerlang.

”Pengurangan bajet ini juga akan meningkatkan semangat guru-guru dan pihak pengurusan sekolah untuk berusaha lebih bagi menjadikan sekolah mereka sebagai salah satu sekolah berprestasi tinggi di negara ini. Ianya tidak mustahil untuk dicapai,” jelasnya.

Sabri berkata, janganlah terlalu mengharapkan imbuhan dan bantuan dari kerajaan dan sebagai guru, kita perlu memahami juga apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk kebaikan semua.

”Diharap agar guru-guru akan lebih berdaya saing dalam menunjukkan kualiti mereka selain melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

”Pengorbanan yang lebih perlu dilakukan oleh mereka dalam mendidik para pelajar dan perkara ini adalah tidak mustahil untuk dijayakan jika adanya kerjasama dan kesepaduan di kalangan guru-guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” katanya.

Dalam pada itu beliau turut meminta supaya pengurangan bajet yang melibatkan bantuan kepada pelajar-pelajar miskin dan kurang berkemampuan dikaji semula.

”Pengurangan bajet itu akan menjejaskan baucer tuisyen bagi pelajar- pelajar miskin dimana peluang untuk pelajar kurang berkemampuan mendapatkan bantuan semakin sukar dan syarat yang dikenakan lebih ketat.

”Bantuan pakaian seragam untuk aktiviti badan beruniform pelajar-pelajar miskin juga sudah tidak diberikan,” katanya.

Selain itu jelasnya, pihak sekolah kini perlu menanggung sendiri perbelanjaan dan utiliti seperti bayaran bil elektrik dan bekalan air dimana kesannya lebih teruk dirasai oleh sekolah dua sesi.

”Saya meminta supaya KPM mengekalkan bajet terutamanya perbelanjaan dan utiliti sekolah kerana ianya dirasakan tidak adil kepada pihak sekolah,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-guru Sarawak, William Ghani Bina berkata, pihak sekolah memahami kehendak KPM mengurangkan bajet kerana faktor kegawatan ekonomi negara sekarang.

Namun begitu katanya, sebaiknya segala peruntukan yang melibatkan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) serta latihan perguruan tidak perlu dikurangkan atau disentuh langsung.

”Pengurangan itu bakal menyebabkan terjejasnya tujuan pendidikan selain akan membantutkan usaha dalam melahirkan guru-guru cemerlang di negara ini,” katanya.

By Cikgu Hafiz