SJKC Chiao Nan lancar dana bina surau


KUALA LUMPUR: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Nan, Jalan Pahang di sini, melancarkan dana pembinaan surau bagi memudahkan guru serta 107 pelajar Islam sekolah itu beribadat dan menjalankan aktiviti agama.

Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Alex Ong, berkata sekolah itu menjadi SJKC pertama di negara ini yang melancarkan dana bagi membina surau.

Beliau berkata, pelancaran dana itu minggu lalu membuktikan penduduk pelbagai kaum dan agama di negara ini boleh bekerjasama dan menghormati agama lain.

“Dana itu mendapat maklum balas positif pelbagai pihak dan saya menerima banyak panggilan dan sudah mula menerima sumbangan dari seluruh negara,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Alex yang juga penganut Kristian, berkata pihaknya melancarkan dana itu kerana sekolah berkenaan tidak mempunyai peruntukan untuk membina surau.

Sekolah itu mempunyai 688 pelajar dengan 107 daripadanya beragama Islam. Seramai 90 daripada mereka adalah Melayu, manakala selebihnya pelajar daripada keluarga muallaf dan warga asing. Sekolah itu juga mempunyai tujuh guru beragama Islam.

By Cikgu Hafiz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s