Konsep ADD berkesan


Guru akui akhbar alternatif terbaik bahan P&P

PELBAGAI sekolah mengakui pelaksanaan konsep Akhbar Dalam Darjah (ADD) yang menggunakan akhbar sebagai satu daripada bahan bantu mengajar mampu meningkatkan prestasi pelajar.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pintu Geng, Kota Bharu, Nik Shafna Nik Daud, 36, yang melaksanakan ADD menggunakan akhbar Berita Harian berkata, ia juga antara alternatif terbaik meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P).

// <![CDATA[// // <![CDATA[// // <![CDATA[//

Sejak melaksanakan konsep ADD dalam kelasnya, beliau berkata, kebanyakan pelajarnya menunjukkan prestasi memberangsangkan berbanding sebelumnya.

“ADD mempunyai kelebihan tersendiri kerana P&P dapat dijalankan dengan cukup menarik termasuk menggunakan pelbagai bahan, contohnya grafik dan dan gambar berwarna-warni.

“Lagipun untuk mendapatkan Berita Harian mahupun sisipan SKOR, Minda atau Didik, seseorang pelajar hanya perlu membelanjakan kos cukup minimum,” katanya ketika ditemui selepas Bengkel ADD Peringkat Kelantan anjuran Berita Harian di Kota Bharu, baru-baru ini.

Bengkel dirasmikan Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan, Adnan Mohd Noor. Hadir sama Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Berhad, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Seramai 100 guru dari 50 sekolah menengah di Kelantan menyertai bengkel bertujuan mendedahkan mereka cara memanfaatkan bahan siaran akhbar Berita Harian, Didik, Minda dan SKOR sebagai bahan bantu mengajar.

Guru Bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, Tan Boon Ai, 53, berkata ramai pelajarnya menunjukkan peningkatan penguasaan dalam bahasa berkenaan setelah melaksanakan ADD.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai guru di negara ini menggunakan konsep itu sebagai salah satu pendekatan menarik minat pelajar meningkatkan prestasi pelajaran masing-masing.

“Saya menggalakkan pelajar untuk memotong keratan akhbar sebagai kerja rumah. Dalam setahun, mereka perlu mempunyai lebih kurang 40 potongan akhbar atau tiga keratan seminggu.

“Dengan potongan akhbar ini, pelajar diminta membina dan mencari ayat sukar, seterusnya diterjemahkan menggunakan bahasa lebih mudah,” katanya.

Guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok, Kota Bharu, Aziz Noor yang juga sependapat berkata, pelaksanaan konsep ADD banyak membantunya tingkatkan pengajaran dalam kelas.

Mengakui penggunaan buku teks lebih penting memandangkan soalan peperiksaan berdasarkan sumber berkenaan, namun Aziz menyifatkan penggunaan akhbar juga tidak kurang manfaatnya.

By Cikgu Hafiz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s