Buku Soalan Latihan UPSR Didik


2010/06/30
BUKU Soalan Latihan UPSR Didik 2010 terbitan Unit Pendidikan, Berita Harian, dan slip nombor pin untuk guru.net.my boleh diperoleh secara belian terus di lokasi berikut: Kuala Lumpur: Balai Berita, 31 Jalan Riong, telefon 03-2056 9863; Batu Caves: 03-61856540; Bandar Baru Bangi: 019-3244408; Puchong: 03-58823454 (buku saja); Cheras: 03-90803605; Bandar Baru Sungai Buloh: 03-61562575/017-352322; Kajang: 013-3311541; Melaka: 016-9286693/012-6411877; Seremban: 06-762 2149; Alor Setar: 04-227 0634, Johor Bahru: 07-3311830; Kuantan: 09-514 2601; Kuching: 0138088406; Kuala Terengganu: 09-622 1361dan Kota Bharu: 05-254 0323.

Advertisements
By Cikgu Hafiz

‘Gabungan majlis guru besar sokong UPSR dihapus’


2010/06/30
KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali saja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti.
“Sijil UPSR dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) bukan ‘tiket’ bagi kemasukan ke universiti atau berguna dalam mencari pekerjaan, malah Malaysia antara negara yang banyak menawarkan peperiksaan awam berbanding negara lain.
“Justeru, GMGBM sebulat suara menolak peperiksaan UPSR, bagaimanapun akan ada peperiksaan dalaman yang lain bagi menilai prestasi pelajar,” katanya pada sidang akhbar bersama media selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej Teknologi YPC-iTWEB (Kolej YPC), di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Kolej, Datuk Wira Syed Ali.

Pada konvokesyen itu, 161 graduan menerima diploma perniagaan dan teknologi maklumat dan 46 graduan menerima sijil kursus asasi perniagaan dan teknologi maklumat.

Pada 21 Jun lalu akhbar melaporkan Kementerian Pelajaran akan mencadangkan UPSR dan PMR dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.
Sementara itu, Puad berkata, kerajaan akan memperluaskan Sijil Kemahiran Malaysia iaitu tidak terhad untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja, sebaliknya ia akan diberi kepada mereka yang telah bekerja berdasarkan pengalaman mereka bekerja tanpa perlu mengikuti pengajian.

“Mereka yang sudah bekerja, katalah dia bekerja di bengkel membaiki kereta dan motor…jadi pengalaman dia selama lima tahun boleh dinilai sama ada dia layak diberikan Sijil Kemahiran Malaysia walaupun dia tidak mengikuti kursus macam pelajar biasa yang masuk kuliah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, pemberian sijil ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Sekitar Hari Ibu Bapa SJKC Foon Yew 2


Pada hari Ahad bersamaan 27 Jun 2010 telah diadakan program Hari Ibu Bapa dan pameran buku. Antara aktiviti yang dijalankan seperti perjumpaan ibu bapa dengan para guru dan jualan buku.

By Cikgu Hafiz

JEMPUTAN PERTANDINGAN MITSUBISHI ASIAN CHILDRENS’ ENIKKI FESTA 2010 YANG BERTEMA “HERE IS MY LIFE”


Berhubung dengan perkara di atas, surat KP(HA)005.10.1.11 JLD. 2 (98) bertarikh 23 Jun 2010 adalah dirujuk dan berkaitan.

Aktiviti ini adalah sebahagian daripada aspek dalam mata pelajaran pendidikan seni yang dapat memberi peluang pelajar memupuk sifat berkarya dalam bentuk lukisan mengenai pengalaman kehidupan seharian mereka. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar berumur di antara 6 hingga 12 tahun.

Kepada para peserta yang berminat memasuki pertandingan ini bolehlah menghantar lukisan ke alamat didalam borang yang dilampirkan. Semua Lukisan mestilah sampai kepada SKUM sebelum atau pada SABTU 31 OKTOBER 2010. Segala kemusykilan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Zaidi Abdul Hamid di talian 03-88846127. Satu salinan borang penyertaan hendaklah di hantar ke unit HEM PPD Johor Bahru (u.p En. Mohd Nor Ismail bin Mohd Said).

By Cikgu Hafiz

Hari Ibu Bapa SJKC Foon Yew 2 2010


Kepada,

Semua Ibu Bapa/ Penjaga murid-murid SJKC Foon Yew 2 dijemput untuk datang ke Hari Ibu Bapa bagi sesi 2010. Program berikut akan berjalan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh: 27 Jun 2010 ( Ahad )
Masa: 8 pagi hingga 12 tengah hari
Tempat: Bilik darjah masing-masing

Kehadiran Tuan / Puan amat penting serta dihargai bagi menjayakan program tersebut.

Aktiviti:
1. Perjumpaan dengan guru kelas dan guru mata pelajaran.
2. Pameran dan jualan buku.

By Cikgu Hafiz

UPSR, PMR mungkin dimansuh


MUAR – Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sahaja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh semalam.

By Cikgu Hafiz