‘Gabungan majlis guru besar sokong UPSR dihapus’


2010/06/30
KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali saja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti.
“Sijil UPSR dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) bukan ‘tiket’ bagi kemasukan ke universiti atau berguna dalam mencari pekerjaan, malah Malaysia antara negara yang banyak menawarkan peperiksaan awam berbanding negara lain.
“Justeru, GMGBM sebulat suara menolak peperiksaan UPSR, bagaimanapun akan ada peperiksaan dalaman yang lain bagi menilai prestasi pelajar,” katanya pada sidang akhbar bersama media selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej Teknologi YPC-iTWEB (Kolej YPC), di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Kolej, Datuk Wira Syed Ali.

Pada konvokesyen itu, 161 graduan menerima diploma perniagaan dan teknologi maklumat dan 46 graduan menerima sijil kursus asasi perniagaan dan teknologi maklumat.

Pada 21 Jun lalu akhbar melaporkan Kementerian Pelajaran akan mencadangkan UPSR dan PMR dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.
Sementara itu, Puad berkata, kerajaan akan memperluaskan Sijil Kemahiran Malaysia iaitu tidak terhad untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja, sebaliknya ia akan diberi kepada mereka yang telah bekerja berdasarkan pengalaman mereka bekerja tanpa perlu mengikuti pengajian.

“Mereka yang sudah bekerja, katalah dia bekerja di bengkel membaiki kereta dan motor…jadi pengalaman dia selama lima tahun boleh dinilai sama ada dia layak diberikan Sijil Kemahiran Malaysia walaupun dia tidak mengikuti kursus macam pelajar biasa yang masuk kuliah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, pemberian sijil ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s