PORTAL E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA)


Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan pihak INTAN telah memperkenalkan portal E-Pembelajaran Sektor Awam sebagai alternatif kursus 7 hari bagi setiap anggota awam. Pelaksanaan inisiatif kerajaan bertujuan untuk menyediakan bahan kursus yang berkualiti dan mudah dicapai oleh semua anggota sektor awam.

3. Sehubungan dengan itu, bagi mana-mana pegawai sektor awam yang masih tidak dapat melengkapkan 7 hari kursus dalam setahun diminta untuk mendaftar dan mengambil ujian sebagai kelayakan 1-3 hari berkursus melalui portal EPSA di alamat url http://www.epsa.intan.my. Sila semak tajuk-tajuk yang sesuai sebelum tuan membuat pilihan.

4. Tindakan dan kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai kami, En. Mohamad Khairul Nizam bin Abu Hassan, Penolong PPD Teknologi dan Maklumat PPD Johor Bahru di talian 07-2266357

Advertisements
By Cikgu Hafiz Tagged

Selamat Hari Guru


hari guru

Pihak Pentadbir dan Pengurusan sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di SJKC Foon Yew 2.

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.

By Cikgu Hafiz

Pertandingan Menulis Bahasa Cina