Program Pencegahan Aedes dan Hari Keluarga SJKC Foon Yew 2 2011



Kepada semua guru,

tuan/puan
Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk hadir ke acara tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 10 Julai 2011
Tempat : SJKC Foon Yew 2
Masa : 7.30 pagi

Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan jutaan terima kasih.

Saya yang menurut perintah.
Pentadbir Sekolah

Advertisements
By Cikgu Hafiz

Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia Seluruh Negara


Salam 1Malaysia,

Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datin Sri/Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, Kementerian Pelajaran akan menganjurkan Majlis Pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) pada 02 Julai 2011 bertempat di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada 7.45 pagi. Aktiviti utama pelancaran tersebut adalah Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia seluruh negara. KPM berharap larian tersebut dapat dicatatkan dalam Malaysia Book of Records dalam kategori ‘The Largest Participation of School Students in a Run’.

Majlis ini akan sempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Haji Dato’Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan konsep larian serentak , semua JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi dikehendaki terlibat dalam Pelancaran Dasar 1M 1S dengan menganjurkan dan melaksanakan larian serentak1M 1S pada hari dan waktu yang sama anjuran masing-masing.

Bersama-sama ini disertakan lampiran Panduan Pelancaran dan Pelaksanaan Larian Serentak 1M1S untuk perhatian dan rujukan Y.Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datin Sri/Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.

Y.Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datin Sri/Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan juga boleh mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lain berkenaan Larian Serentak 1Murid 1Sukan (1M 1S) 1Malaysia di Portal Bahagian Sukan dengan melayari http://www.moe.gov.my/bsukan

By Cikgu Hafiz

Selamat Bersara Untuk Puan Yee Ngeok Lian


Tanggal 15 Jun 2011 merupakan hari terakhir Puan Yee Ngeok Lian berkhidmat sebagai Kakitangan Awam dengan jawatan terakhirnya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma di SJKC Foon Yew 2.

Sehubungan itu, kami secara peribadi dan mewakili seluruh kakitangan sekolah merakamkan jutaan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Ngeok Lian atas khidmat bakti, buah fikiran dan sumbangannya yang sangat banyak kepada sekolah. Ketiadaannya pasti kita rasai.

Kami juga mendoakan, semoga Puan Yee terus diberi kesihatan yang baik dan terus ceria melalui kehidupan hariannya.

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN ( KDP )14 MINGGU PENDIDIKAN JASMANI ( PENINGKATAN PROFESIONALISME ) DAN BIMBINGAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH AMBILAN JULAI 2011


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai PPPS/Diploma yang sedang berkhidmat di sekolah rendah KPM memohon mengikuti Kursus KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme.

Nama Kursus :
1. KDP 14 Minggu : Bidang Bimbingan dan Kaunseling (Lanjutan)
2. KDP 14 Minggu : Bidang Pendidikan Jasmani (Peningkatan Profesionalisme)

Tempoh Pengajian : 14 Minggu : 17 @ 18 Julai – 20 @ 21 Oktober 2011

Tarikh tutup permohonan : 24 Jun 2011

Sila layari laman sesawang Bahagian Pendidikan Guru untuk keterangan lanjut.

By Cikgu Hafiz