Mesyuarat SBT guru besar 2012


Sudut Bacaan Murid SJKC Foon Yew 2


By Cikgu Hafiz Tagged

Ceramah Bahasa Inggeris Untuk Murid Tahun 6


Tarikh:17 Feb 2012
Tempat: Bilik Kuliah

Sekitar Mesyuarat PIBG sesi 2012/2013 dan Hari Penyampaian Hadiah UPSR


Tarikh: 19 Feb 2012
Tempat: Dewan SJKC Foon Yew 2

By Cikgu Hafiz Tagged

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi 2012 – 66 Buah


umlah keseluruhan Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ) 2012 di seluruh negara sebanyak 66 buah ( utusan malaysia 4/2/2012)

Sekolah Rendah.

  1. SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
  2. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan
  3. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur
  4. SK Convent Kota, Taiping, Perak
  5. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur
  6. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor
  7. SK Ulu Lubai, Sarawak
  8. SK Convent Muar, Johor
  9. SK Seri Biram, Pahang
  10. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
  11. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
  12. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
  13. SK Sultan Ismail, Terengganu
  14. SK Jalan Tiga, Selangor
  15. SJKC Perempuan China, Pulau Pinang
  16. SJKC Lick Hung, Selangor
  17. SK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor
  18. SJKC Tung Hua, Sarawak
  19. SK (Perempuan) Sultan Ibrahim Johor Bharu
  20. SK Infant Jesus Convent, Johor Bharu, Johor
  21. SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah
  22. SK Sultan Sulaiman 1 Kuala Terengganu
  23. SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu
  24. SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang
  25. SK Minden Heights, Pulau Pinang
  26. SJKC Kwang Hwa, Pulau Pinang
  27. SJKC Keat Hwa (H), Alor Setar Kedah
  28. SJKC Foon Yew 2, Johor Bharu, Johor

Sekolah Menengah

SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor
Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor
SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah
SMK (P) St. George, Pulau Pinang
Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis
Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
SMS Muzaffar Syah, Melaka
Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
SMK Jalan Empat, Bangi, Selangor
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu , Sabah
Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Negeri Sembilan
Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Selangor
Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak
SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan
SMK Lembah Bidong, Terengganu
SMK Agama Naim Lilbanat, Kelantan
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaatar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor
Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang Johor
Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama. – http://bpsbpsk.webs.com

By Cikgu Hafiz Tagged

Sekolah biasa lahirkan pelajar berprestasi tinggi


Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS

SEKOLAH berprestasi tinggi (SBT) merupakan satu penanda aras berbentuk kolektif yang mengambil kira prestasi keseluruhan komponen dalam sistem di sesebuah sekolah itu.

Justeru, berbekalkan prasarana yang baik beserta guru terlatih dan pelajar yang terpilih, sesebuah sekolah itu dilihat memiliki potensi tinggi untuk mencapai tahap SBT.

Namun bagaimana dengan sekolah-sekolah lain yang berada di hujung ceruk?

Lokasinya jauh di pedalaman, tiada komputer, tiada Internet dan para pelajarnya dalam kedaifan. Sejauh manakah kecemerlangan prestasi dapat diharapkan terhadap sesebuah sekolah sedemikian?

Juga beserta sistem sama yang diguna pakai, maka purata prestasi sekolah tidak menunjukkan banyak perubahan dari tahun ke tahun. Kelihatan faktor ekstrinsik meletakkan sempadan terhadap prestasi sekolah sedemikian. Benarkah begitu?

Dalam situasi ini, pemerkasaan faktor intrinsik menjadi fokus utama ke arah menghasilkan kecemerlangan mengatasi sempadan kejayaan yang didefinisikan oleh kekangan faktor ekstrinsik.

Keinginan, tekad, motivasi, azam atau apa sahaja ungkapannya merujuk kepada tumpuan ke arah matlamat yang ingin dicapai.

Umpamanya dengan menanam tekad kepada warga sekolah untuk berusaha mara ke hadapan waima tidak memiliki kelebihan seumpama sesebuah sekolah SBT. Dengan tekad yang tinggi untuk maju maka kecemerlangan prestasi sekolah dapat dicapai, insya-Allah.

Oleh yang demikian peranan dan kerjasama setiap warga sekolah adalah perlu dalam mencetuskan perubahan yang diimpikan.

Perubahan tersebut tidak semestinya membuahkan ‘A’ bagi setiap mata pelajaran untuk semua pelajar, tetapi sekurang-kurangnya terdapat peningkatan terhadap prestasi setiap pelajar.

Jika yang gagal menjadi lulus, yang memperoleh ‘B’ akhirnya mendapat ‘A’, maka hal ini juga merupakan satu kejayaan buat pelajar dan sekolah kerana usaha transformasi yang dijalankan telah membuahkan hasilnya. Proses penambahbaikan yang berterusan terhadap usaha tersebut mampu menjamin kelangsungan peningkatan prestasi sekolah.

Guru agen perubahan

Faktor latar belakang seseorang pelajar itu turut mempengaruhi keupayaan dan motivasinya untuk belajar. Pelajar daripada latar kemiskinan mungkin memiliki prestasi akademik yang rendah disebabkan oleh faktor kehidupannya itu.

Tambahan pula, rasa rendah diri akibat kemiskinan diri mungkin menyebabkan mereka lebih tercicir dalam pelajaran dan pergaulan dengan rakan.

Justeru, para pelajar sedemikian perlu diberi lebih perhatian oleh guru memandangkan mereka bukan sahaja kekurangan kemudahan atau peluang untuk cemerlang dalam pelajaran tetapi juga memerlukan lebih rangsangan motivasi untuk menghadapi cabaran suasana kehidupan mereka.

Selain peranan kaunselor terlatih yang dapat menyediakan sesi kaunseling secara empat mata dengan pelajar, para guru lain juga boleh berperanan sebagai pakar motivasi kepada para pelajar mereka. Umpamanya, sebahagian kecil daripada masa mengajar mereka mungkin boleh digunakan untuk menyampaikan sedikit kisah motivasi untuk dikongsi bersama dengan para pelajar.

Para guru mungkin berhadapan dengan kerenah dan disiplin pelajar yang pelbagai di samping perbezaan dari segi keupayaan pelajar memahami pengajaran guru.

Maka di sini guru bukan sahaja berperanan sebagai mualim yang menyampaikan ilmu, tetapi juga perlu berperanan sebagai murabbi dalam membentuk sahsiah dan akhlak yang terpuji di kalangan anak didiknya.

Misi dan visi pengetua

Sebagai pemimpin tertinggi sesebuah sekolah itu, pengetua memiliki tanggungjawab dalam merencana hala tuju pencapaian sesebuah sekolah itu. Berdasarkan sumber kewangan dan modal insan yang ada, pengetua berusaha mengadunkan ramuan yang dimiliki untuk menghasilkan resipi kejayaan yang lebih bermakna.

Pengetua boleh menetapkan matlamat prestasi yang realistik untuk dicapai secara bersama dengan sokongan para guru dan warga sekolah yang lain. Seterusnya bersama-sama merangka sistem ke arah mencapai matlamat tersebut.

Pengetua seterusnya memantau pelaksanaan sistem yang dirangka bagi memastikan ia selari dengan matlamat yang ditetapkan.

Sebagai contoh, pengetua menetapkan supaya diadakan kelas tambahan pada waktu petang dan seterusnya memastikan program sedemikian berjalan seperti yang dirancangkan.

Bagi sekolah-sekolah biasa, mungkin bukan semua aspek SBT tidak dapat dicapai secara sepenuhnya berdasarkan sumber yang ada.

Namun, modul-modul pengajaran yang terbukti berjaya oleh SBT sewajarnya dikongsi bersama dengan sekolah-sekolah lain untuk dipraktikkan.

Ibu bapa dan pelajar

Sebagai ibu bapa, sokongan kita amat diperlukan dalam menggalakkan anak-anak melalui alam persekolahan sebaik mungkin. Sekolah perlu dilihat sebagai pelengkap kepada proses pendidikan anak-anak oleh ibu bapa, dan bukan sebaliknya.

Di samping itu, ibu bapa juga boleh mengambil kesempatan dengan belajar daripada anak-anak tentang ilmu yang diperoleh di sekolah.

Pendidikan merupakan satu jalan bagi pelajar keluar daripada kepompong kemiskinan. Dengan pendidikan dapat menjadikan seseorang itu berilmu, dengan ilmu seseorang itu dapat menuju ke arah kejayaan di dunia juga di akhirat.

Walau sedaif mana sesebuah sekolah itu, walau sejauh mana pelajar mengembara menuju ke sekolah, mungkin ia adalah lebih baik daripada langsung tidak bersekolah.

Sekurang-kurangnya hal ini membolehkannya membaca, menulis dan mengira. Asas kemahiran sedemikian diperlukan oleh anak-anak pada zaman ini.

Kesimpulan

SBT merupakan satu usaha positif Kementerian Pelajaran dalam mewujudkan penarafan kepada sekolah-sekolah di Malaysia.

Melalui langkah ini diharap lebih banyak sekolah dapat berusaha ke arah mencapai tahap SBT dan seterusnya melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang untuk pembangunan modal insan negara.

Di samping itu, diharapkan agar aspek pembangunan rohani dan akhlak pelajar dapat ditekankan dalam program SBT bagi mewujudkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga dari sudut keterampilan, keimanan dan akhlak.

Bagi para pelajar juga, walau di mana kita menuntut, apa yang lebih penting adalah semangat dan fokus kita untuk tekun belajar serta meletakkan pengharapan kepada Allah agar usaha kita diberkati dan dikurniakan kejayaan.

By Cikgu Hafiz

Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Sekolah


Tarikh: 1 Februari 2012
Tempat: Pusat Akses Kendiri
Aktiviti: Tarian singa, Kaligrafi,Mercun.

By Cikgu Hafiz