PEMANTAUAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN SEKOLAH


Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah
Daerah Johor Bahru.

Tuan,

PEMANTAUAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ini dilampirkan surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor Johor: JPNJ.HEM (36)/100-19/8/10( ) bertarikh 12 Mac 2012 dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor JKNJ(K)30(8)27Bhg4(20) bertarikh 30 Januari 2012 adalah dirujuk dan dengan jelas telah menerangkan maksudnya.

3. Pihak sekolah perlu menyimpan 1 salinan pemantauan (KSS1/2011) dan 1 salinan dihantar kepada En Nazli Nazri bin Abu Hassan, Penyelia Hem, PPDJB bersama dengan Borang Penilaian Bulanan Kebersihan Kantin (Kendiri 2) sebelum atau pada 5 haribulan setiap bulan. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Tindakan : PENGETUA / GURU BESAR / GPK HEM SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU

By Cikgu Hafiz

PENDAFTARAN ATAS TALIAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM YANG DIKENDALIKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2012


Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memaklumkan kepada kakitangan (calon lantikan SPP dari gred 17 hingga Gred 26) di bawah seliaan tuan yang belum menduduki dan lulus Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Utama (UMUM) supaya dapat memohon secara atas talian di https:/www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon sebelum atau pada 30 Mac 2012 (Jumaat).

3. Pihak sekolah juga diminta muat turun surat siaran bagi hebahan di peringkat sekolah dengan melayari laman web Jabatan Pelajaran Negeri Johor http://www.moe.gov.my/jpnjohor. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Rostam bin Yahmin di talian 07-2310108 (Unit Penilaian Kompetensi,JPNJ)

Sekian, terima kasih

By Cikgu Hafiz

Hari Ibu Bapa Sesi 2012


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan berkaitan.

Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa dan penjaga murid SJKC Foon Yew 2 dijemput menghadiri program tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 25 March 2012 (Ahad)
Masa : 8.00 -12.00
Tempat : SJKC Foon Yew 2 Johor Bahru

Sekian, terima kasih.

PENDAFTARAN PENYERTAAN PERTANDINGAN ROBOTIK (NRC) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012


Dengan segala hormatnya surat JPNJ.KOKO.37/700-2/5/1 (25) bertarikh 29 Februari 2012 adalah dirujuk dan berkaitan.

Sehubungan dengan itu, semua sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru yang ingin menyertai pertandingan tersebut hendaklah membuat pendaftaran secara online di laman sesawang berikut :

http://nrc.sasbadi.com/

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 April 2012.

Sekian, terima kasih.

MESYUARAT JK PENGELOLA KARNIVAL BAHASA MALAYSIA SJK DAERAH JOHOR BAHRU


Guru besar SJK(C) dan SJK(T),

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 8 Mac 2012
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SJK(C) Foon Yew 2,Johor Bahru

Pohon kerjasama tuan untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Wong Wei Choon di talian 0127108745.
Sekian, terima kasih.

PENYERTAAN PERTANDINGAN REKACIPTA MUDA 2012


Dengan segala hormatnya surat JPNJ.KOKO(37)/700-2/5/6 (9) bertarikh 5 Mac 2012 adalah dirujuk dan berkaitan.
Sehubungan dengan itu, semua sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru dijemput menyertai pertandingan tersebut. Borang penyertaan, format pertandingan boleh diperolehi menerusi laman web berikut http://www.minds.org.my dan perlu di lengkapkan sebelum 26 Mac 2012.

Untuk makluman tuan, keputusan penyertaan akan dimaklumkan menerusi laman sesawang tersebut pada 10 April 2012. Satu salinan borang pendaftaran hendaklah sampai ke PPDJB unit HEM (u.p En. Mohd Nor Ismail Bin Mohd Said, Penolong PPD Kokurikulum).

Sekian, terima kasih.

KEMASUKAN DATA UJIAN 1 2012 DALAM SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH(SAPS)


Semua Sekolah Daerah Johor Bahru

Tuan,

KEMASUKAN DATA UJIAN 1 2012 DALAM SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH(SAPS)

Sukacitanya dan dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan meminta guru-guru memasukkan data ujian 1 2012 ke dalam SAPS mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan. Mohon pastikan data murid sudah diimport terlebih dahulu dari APDM sebelum membuat sebarang pengemaskinian. Urusan import data dari APDM ke SAPS sudah boleh dibuat oleh Setiausaha Peperiksaan sekolah. Mohon pastikan data APDM sudah dikemaskini selengkapnya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam SAPS.

3. Segala kerjasama yang diberikan, kami bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohamed Noor bin Ani, Penolong PPD Peperiksaan Dalaman (0197801163).

Sekian.

By Cikgu Hafiz
Image

Kursus Dalam Perkhidmatan Siri 1/2012


guru
Semua guru
SJKC Foon Yew 2

Tuan/puan,

Kursus Dalam Perkhidmatan Bil1/2012.

Pohon kerjasama semua guru untuk menghadiri kursus tersebut mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Mac 2012 (Sabtu)
Pendaftaran : 7.30 pagi (makan disediakan)
Tempat : Tropica Inn Johor Bahru

Sekian, terima kasih.

By Cikgu Hafiz

Ujian Formatif Kali Pertama 2012


Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan ujian mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 6 Mac hingga 9 Mac 2012

Jadual dan topik tentang soalan ujian telah pun diedarkan kepada para murid.

Selamat menghadapi ujian.

By Cikgu Hafiz

PERADUAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2012


Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk dan berkaitan.

Sehubungan dengan itu, Semua Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru diminta menghantar satu karya terbaik sekolah bagi setiap kategori Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris :
a) Kategori Guru
b) Kategori Murid Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6)
c) Kategori Murid Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 – 3)
d) Kategori Murid Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 – 5)

Bersama-sama ini disertakan syarat pertandingan dan borang maklumat penyertaan yang perlu dikembalikan berserta karya ke Unit HEM PPDJB (u.p En. Mohd Nor Ismail, Penolong PPD Kokurikulum) selewat-lewatnya pada 15 Mac 2012.

By Cikgu Hafiz