Lanjutan Tarikh Kemaskini APDM


Tuan,
Dimaklumkan kepada pihak sekolah bahawa di atas sebab-sebab teknikal,tempoh mengemaskini maklumat Aplikasi Pangkalan data Murid dilanjutkan hingga pada 22 April 2012.
Sebarang masalah berkaitan kesukaran bagi pihak tuan untuk mencapai ke sistem ini adalah amat dikesalkan.
Sekian dimaklumkan.

 
Tindakan : PK1 / PK Hem dan Guru Kelas
Advertisements
By Cikgu Hafiz

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012


Mohon kerjasama pihak pentadbir Sek Menengah dan Sek Rendah untuk memuat turun Surat Arahan yang diberikan, seterusnya menetapkan jumlah kajian tindakan yang akan dihantar mengikut kategori berikut:
Sek Menengah – 5 laporan kajian tindakan.
Sek Rendah – 4 laporan kajian tindakan

Lampiran A yang ada bersama Surat Arahan tersebut dilanjutkan tarikh penghantarannya dan perlu dikembalikan oleh pihak sekolah selewat-lewatnya pada 16 April 2012.

By Cikgu Hafiz

PELAKSANAAN PRAUJIAN PROTIM MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA TAHUN 4, 5 DAN 6 2012


Sukacita dimaklumkan Program Pemulihan 3M (PROTIM) merupakan program yang dirancang bagi menangani masalah membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid sekolah rendah di Tahap II. Dalam program ini, Praujian dan Pascaujian dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaa 3M murid.

Sehubungan itu, bahan untuk tujuan Praujian Tahun 4, 5 dan 6 telah diedarkan ke sekolah tuan. Tuan dipohon untuk menjalankan Praujian tersebut kepada murid PROTIM dari 2 hingga 6 April 2012.
Cara penyerahan data ke PPD akan dimaklumkan kemudian.

Sekian, terima kasih.

By Cikgu Hafiz Tagged