TEMUDUGA TERBUKA UNTUK PENGISIAN JAWATAN GURU PENDIDIKAN KHAS DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) DI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DI NEGERI JOHOR.


Semua Pengetua Dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Negeri Johor.

Melalui dan salinan;
Pegawai Pelajaran Daerah.

Tuan/Puan,

TEMUDUGA TERBUKA UNTUK PENGISIAN JAWATAN GURU PENDIDIKAN KHAS DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) DI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DI NEGERI JOHOR.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan temuduga yang tersebut di atas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran yang disediakan.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Keterangan lanjut sila lawati http://www.moe.gov.my/jpnjohor/v6/index2.php?BHS=&UT=4&MN=40&JN=&W=1053

By Cikgu Hafiz

PROGRAM SATU SEKOLAH SATU INOVASI TAHUN 2012


SALAM 1 MALAYSIA

Pengetua / Guru Besar
Sekolah Daerah Johor Bahru

Tuan,

PROGRAM SATU SEKOLAH SATU INOVASI TAHUN 2012

Surat JPNJ.SPA(05)100-1/1/1 Jld.3(1)

2. Sehubungan itu, maklumat berkaitan program boleh dimuat turun oleh pihak tuan.

3. Kerjasama tuan dalam menjayakan dan merealisasikan Program Satu Sekolah Satu Inovasi amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Tarikh tutup penyertaan 31 Oktober 2012

PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2012 DALAM SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH(SAPS)


Guru Besar
Semua Sekolah Rendah
Daerah Johor Bahru

Tuan,

PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2012 DALAM SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH(SAPS)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan meminta guru-guru yang terlibat untuk mengisi markah murid dalam SAPS sebelum Jumaat, 10 Ogos 2012(tarikh akhir key-in markah).

3. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohamed Noor Bin Ani, Penolong PPD Peperiksaan Dalaman, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru di talian 019-7801163.

4. Kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

By Cikgu Hafiz Tagged

PENGURUSAN BERAT BADAN MURID SEKOLAH (BMI) DAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN SIHAT DI KANTIN SEKOLAH


Kepada,
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah
Daerah Johor Bahru.

Tuan,

PENGURUSAN BERAT BADAN MURID SEKOLAH (BMI) DAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN SIHAT DI KANTIN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ini dilampirkan surat dari Kementerian Pelajaran Malaysia : KP(BPSH-SPDK)201/005/02Jld.4 (17) bertarikh 27 Jun 2012 dan surat Jabatan Pelajaran Negeri Johor JPNJ.HEM(36)/100-19/6( ) bertarikh 9 Julai 2012 adalah dirujuk dan dengan jelas telah menerangkan maksudnya.

3. Sehubungan dengan itu, semua sekolah diharap dapat mengambil tindakan berikut:
3.1 rekod kesihatan murid dikemaskini menggunakan Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM)
3.2 status Indeks Jisim (BMI) murid yang dikenalpasti berlebihan berat badan , obes atau susut teruk perlu direkodkan di dalam RKM dan perlu dimaklumkan kepada ibu bapa murid berkenaan untuk mendapatkan nasihat daripada Pejabat Kesihatan Daerah / Klinik Kesihatan.
3.3 buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat serta Laporan Kendiri Kantin Sekolah keluaran Kementerian Pelajaran Malaysia digunakan bagi tujuan pemantauan penjualan makanan dan minuman kantin.

4. Bersama-sama ini disertakan Template Kiraan BMI agar dapat memudahkan perkiraan BMI bagi pihak sekolah. Borang ini hanya untuk panduan perkiraan sahaja dan tidak perlu dihantar ke Pejabat Kesihatan.

5. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila berhubung terus dengan En. Nazli Nazri bin Abu Hassan, Penyelia HEM PPDJB ditalian 0197480249. Kerjasama pihak tuan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

By Cikgu Hafiz Tagged

PERIKSAAN SETARA JABATAN PELAJARAN JOHOR 2012


PEPERIKSAAN SETARA JABATAN PELAJARAN JOHOR 2012

Dengan segala hormatnya surat JPNJ.SPA(05)/600-6/2/1 Jld.2 (16) bertarikh 7 Julai 2012 adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan maklumat terkini Peperiksaan Setara Negeri Johor 2012 adalah seperti ketetapan berikut :

SEKOLAH MENENGAH
2.1 Peperiksaan Setara Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 3 dan 5
2.2 JSI Setara Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM
2.3 Peperiksaan Setara Percubaan STPM
2.4 Peperiksaan Akhir Tahun Setara Daerah Tingkatan 2 dan 4

SEKOLAH RENDAH
2.5 Peperiksaan Setara Percubaan UPSR
2.6 Peperiksaan Setara Akhir Tahun bagi Tahun 3, 4 dan 5
2.7 Peperiksaan Setara Akhir Tahun bagi mata pelajaran elektif Tahun 6

3. Segala kerjasama yang diberikan, kami bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohamed Noor Bin Ani, Penolong PPD Peperiksaan Dalaman (019-7801163).

Sekian.

WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADHAN TAHUN 2012


Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Sehubungan dengan itu, pihak kementerian telah membuat keputusan membenarkan sekolah-sekolah pada sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam menamatkan sesi persekolahan seawal jam 5.30 petang sepanjang bulan Ramadhan.

Tuan juga diminta merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8A/1976, Waktu Sekolah Dalam Bulan Puasa bertarikh 20 Ogos 1976 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1982, Waktu Sekolah Dalam Bulan
Puasa bertarikh 15 Jun 1982 untuk penjelasan lebih lanjut. Surat Siaran KP(BSDSR)8767/002/8/Jld.2(25) bertarikh 11 September 2007 adalah terbatal. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Terima kasih.

DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Untuk makluman tuan, program di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut ;

Tarikh      :    14 Julai 2012 (Sabtu)

Masa         :    7.30 pagi

Tempat     :    Grand Ballroom, Tingkat 7, KSL Resort, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru

Sehubungan dengan itu, tuan diwajibkan hadir ke program tersebut.

Sekian, terima kasih.

 

By Cikgu Hafiz

KURSUS PENDEDAHAN NILAI-NILAI MURNI PENDIDIKAN MORAL SJKC NEGERI JOHOR


Salam sejahtera

 
Kursus Pendedahan Nilai-Nilai Murni SJKC Negeri Johor akan diadakan seperti ketetapan berikut : 
 
Tarikh : 14 Julai 2012
Tempat : Dewan Ji Guan Kulai Jaya
Masa : 8.00pg-1.00tgh
 
Semua SJKC diminta menghantar peserta mengikut ketetapan berikut :
 
Sekolah Gred A (2  sesi ) 2 orang peserta
Sekolah Gred A ( 1 sesi ) 1 orang peserta
Sekolah SKM                  1 orang peserta
 
Terima kasih
 
(sumber:PPDJB)
By Cikgu Hafiz