PENGURUSAN BERAT BADAN MURID SEKOLAH (BMI) DAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN SIHAT DI KANTIN SEKOLAH


Kepada,
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah
Daerah Johor Bahru.

Tuan,

PENGURUSAN BERAT BADAN MURID SEKOLAH (BMI) DAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN SIHAT DI KANTIN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ini dilampirkan surat dari Kementerian Pelajaran Malaysia : KP(BPSH-SPDK)201/005/02Jld.4 (17) bertarikh 27 Jun 2012 dan surat Jabatan Pelajaran Negeri Johor JPNJ.HEM(36)/100-19/6( ) bertarikh 9 Julai 2012 adalah dirujuk dan dengan jelas telah menerangkan maksudnya.

3. Sehubungan dengan itu, semua sekolah diharap dapat mengambil tindakan berikut:
3.1 rekod kesihatan murid dikemaskini menggunakan Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM)
3.2 status Indeks Jisim (BMI) murid yang dikenalpasti berlebihan berat badan , obes atau susut teruk perlu direkodkan di dalam RKM dan perlu dimaklumkan kepada ibu bapa murid berkenaan untuk mendapatkan nasihat daripada Pejabat Kesihatan Daerah / Klinik Kesihatan.
3.3 buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat serta Laporan Kendiri Kantin Sekolah keluaran Kementerian Pelajaran Malaysia digunakan bagi tujuan pemantauan penjualan makanan dan minuman kantin.

4. Bersama-sama ini disertakan Template Kiraan BMI agar dapat memudahkan perkiraan BMI bagi pihak sekolah. Borang ini hanya untuk panduan perkiraan sahaja dan tidak perlu dihantar ke Pejabat Kesihatan.

5. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila berhubung terus dengan En. Nazli Nazri bin Abu Hassan, Penyelia HEM PPDJB ditalian 0197480249. Kerjasama pihak tuan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

By Cikgu Hafiz Tagged

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s