PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN/NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH BAGI SESI JANUARI 2013 DAN PENGEMASKINIAN SISTEM E-OPERASI SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU


Kepada

Semua Guru Besar

Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

2. Kerjasama pihak tuan adalah dipohon untuk memaklumkan kepada semua guru di sekolah tuan untuk menyemak dan mengemaskini maklumat di dalam sistem E-operasi sebelum tarikh tutup pada 27 Ogos 2012. Pengemaskinian ini adalah untuk memudahkan proses permohonan pertukaran Guru di dalam sistem E-gTukar yang akan dibuka pada 1 September hingga 30 September 2012.

3. Sehubungan itu, Guru Penolong Kanan Kurikulum hendaklah menyemak maklumat guru yang telah dikemaskini oleh guru-guru dan disahkan oleh Guru Besar sebelum 27 Ogos 2012.

4. Tarikh akhir Permohonan Pertukaran Guru bagi sesi Januari 2013 melibatkan Pertukaran Guru Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah untuk guru pada 25 September 2012 . Ini membolehkan Guru Besar untuk membuat pengesahan sebelum 28 September 2012.

5. Surat siaran pertukaran dan garis panduan telah diedarkan dalam pigeon hole sekolah pada 13 Ogos 2012.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s