Sejarah & Lokasi

gambar

Sejarah Sekolah

1958
Pada 1.1.1958 , SRJK( C ) Foon Yew (2) ditubuhkan dengan bilangan murid seramai 1,190 orang dan 30 orang tenaga pengajar. Bangunan Sekolah Menengah Foon Yew di Jalan Stulang Laut dijadikan sekolah sementara yang mengandungi 26 buah bilik darjah. Guru Besar yang pertama pula ialah En. Teo Cheng Kwang.

1959 – 1960
Jawatankuasa Pembinaan Sekolah ditubuhakan oleh Jemaah Pengurus Sekolah. Mendiang Encik Huang Qing Yun JP, dilantik sebagai Pengerusi. AJKnya termasuk Mendiang Encik Lee Cheng Lai, Encik Kuek Ho Yao, Encik Zeng Zong Wen dan Encik Huang Shi Min. Permohonan untuk mendapatkan tapak sekolah dikemukakan kepada pihak kerajaan Negeri Johor. di samping memohon peruntukan kewangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

1961
Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan tanah, seluas 5 ekar yang terletak di persimpangan Jalan Ulu Air Molek dan Jalan Abdul Samad sebagai tapak sekolah; Jabatan Pendidikan Johor memperuntukkan 76,000 ringgit manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat menyumbang 89,000 ringgit. Ibubapa daripada kelima-lima buah Sekolah Rendah Foon Yew menderma sebanyak 19,463 ringgit. Jumlah kutipan keseluruhan ialah 184,763 ringgit.

1961
Pelan bangunan sekolah dilukis oleh akitek, Bai Shi Dan Na; dan dilulukan oleh MBJB pada 29.1.1961.

Upacara Pecahtanah rasmi dilakukan oleh Encik Geng Wei Lian, Pegawai Perhubungan Sekolah –Sekolah Negeri Johor pada 10hb. Jun
Sijil Kelulusan (CFO) diperolehi pada 17.9.1961

1962
Pada 1.10.1962 , Warga Sekolah pindah ke bangunan sekolah baru.

1965
Membina semula kantin sekolah.

1972
Derma daripada Mendiang Encik Huang Tian Lai, bekas guru muzik serta saudara maranya, dan murid-murid sekolah untuk pembinaan sebuah bilik muzik.

1973
PIBG SRJK(C) Foon Yew (2) ditubuhkan pada 21.10.1973. Encik Cheng Chean Chiang dilantik sebagai Yang Di Pertua yang Pertama.

1975
2 buah bilik darjah sementara dibina disebelah Bilik Muzik untuk menampong bilangan murid yang kian bertambah, dan bilik-bilik tersebut juga diubahsuaikan menjadi Pusat Sumber.

1978
Encik Teo Cheng Kwang, Guru Besar yang pertama bersara, dan diganti oleh Encik Ng Chin Tiong.

1979
Bilangan murid melebihi 2,000 orang, masalah kekurangan bilik darjah bertambah runcing. Dengan usaha Encik Cheng Chean Chiang, selaku Pengerusi PIBG, sebuah bangunan Sekolah 2 tingkat dirancang. Rancangan tersebut mendapat sokongan padu dari kalangan ibu bapa dan masyarakat.

1980
Pelan bangunan 2 tingkat diluluskan oleh pihak berkuasa bandaran. Pembinaanya dimulakan.

1981
Bangunan baru mula digunakan bagi mengatasi kekurangan bilik darjah.

1982
Encik Ng Chin Tiong dilantik sebagai Penyelia KBSR Negeri Johor, tempat beliau diganti oleh Encik Tong Hak Ni. Pada bulan Ogos, dengan usaha Pengerusi JKR Negeri Johor, YB Encik Lau Boon Fong dan Ahli Dewan Undangan Kawasan Tanjung Petrie, tempat letak kereta telah ditarkan. Pada bulan Oktober pula, Kempen Keceriaan kawasan sekolah dilangsungkan, laluan berbumbung yang menghubungi bangunan-bangunan utama sekolah dibina, tempat menunggu bas didirikan dan kantin sekolah dinaikkan taraf dengan melakukan beberapa ubahsuai.

1983
Bilik Guru Besar, Bilik Guru dan Pejabat Am diubahsuai.

1984
Kelab Rotary Johor Bahru mendermakan pondok menunggu bas yang terletak di sebelah pintu masuk sekolah.

1985
Dewan serbaguna siap dibina pada bulan Julai dengan adanya usaha daripada PIBG. Dewan tersebut mula digunakan pada Bulan Ogos sebagai tapak pertandingan Kejuhanan Bola Keranjang Piala Yang Di Pertuan Agong ke 27. Pada tahun ini juga, kolam pancuran air yang didermakan oleh Encik Ng Yeow Song dibina, pagar baru dipasang, kempen keceriaan padang dilancar dan klinik pergigian dibina.

1986
PIBG bersama dengan Jemaah Pengurus Sekolah membina sebuah bangunan 4 tingkat sebagai pusat kegiatan.

1987
Upacara pembinaan pusat kegiatan dilakukan oelh Encik Huang Fu Seng, selaku Naib Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah. Pondok Pengawal di sebelah pintu masuk dibina untuk menjaga keselamatan sekolah.

1988
Keluaran ‘Buletin Foon Yew (2)’ditebitkan.Diputuskan juga terbitan tersebut diadakan 2 kali setiap tahun untuk melaporkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam kawasan sekolah dan mendapat pujiaan dair pelbagai pihak.

1988
Perasmiaan bangunan pusat kegiatan 4 tingkat dilakukan oleh Encik Cheng Chean Chiang, Pengerusi PIBG pada 27.3.1988. Tingkat 1 mengandungi 3 buah bilik darjah; Tingkat 2 mengandungi 1 buah bilik darjah, bilik Alam & Manusia dan Bilik Kemahairan Manipulatif; Tingkat 3 mengandungi Bilik Muzik dan Bilik Komputer. berhawa dingin dan di tingkat 4 sebagai dan Bilik Kuliah dserta Bilik APD. Cadangan pembinaan Bangunan Pentadbiran 4 tingkat diluluskan pada tahun ini juga.

1989
Pada Bulan Disember, Encik Tong Ha Ni, Guru Besar, bertukar ke SRJK( C) Kuo Kuang, Skudai dan digantikan oleh Encik Goh Teo Poh dari SRJK (C ) Foon Yew 3.

1991
Puan Lee Shok Ngim dianugerahkan Pingat Guru Terbaik di peringkat Kebangsaan. Kejayaannya merupakan suatu kebanggaan dan penghormatan kepada seluruh masyarakat Sekolah Foon Yew (2). Hanya 2 orang guru SRJK( C) dipilih. Cikgu Lee telah menempatkan dirinya di tempat yang hadapan sekali antara lebih daripada 200 orang calon daripada sekolah-sekolah rendah Cina Negeri Johor.

1992
Guru Besar Encik Goh Teo Poh bersara pada bulan Disember. Encik Ng Yok Kuan selaku Penolong Kanan II, memangku jawatan Guru Besar serta Penolong Kanan 1.

1993
Encik Lai Swee Hong melaporkan diri sebagai Guru Besar yang baru pada 16 Februari bagi mengisi kekosongan tersebut.

1995
Rancangan Projek pembinaan Banguan Pentabiran empat tingkat diisytiharkan. Kutipan derma dengan kerjasama Syarikat Akbar Nanyang Siang Pau dan Syarikat Calsberg dengan menganjurkan “Malam Persembahhan Nyanyian Sepuluh Orang Penyanyi Tempatan “ pada 4hb. November. Pada malam yang bersejarah itu, Dermawan Keluarga Kuek Ho Nian telah menyumbang sejuta ringgit . Maka itu, kutipan telah berjaya mengumpulkan sebanyak 2 juta ringgit untuk membiayai kos pembinaan Bangunan Pentadbiran.

1996
AJK Pembinaan Bangunan Pentadbiran empat tingkat ditubuhkan.

1998
Majlis Perasmian Pelancaran Pembinaan Bangunan Pentadbiran diadakan pada 2 Julai dan dirasmikan oleh Dato’ Kuek Ho Yao.

1999
Bangunan Pentadbiran yang menempatkan Pejabat, Perpustakaan, Bilik Darjah, Klinik Gigi yang dinamakan “ Guo Zheng Ge Ru Lou”( 郭 郑 格 如 楼 ) dirasmikan oleh Dato’ Kuek Ho Yao selaku wakil Dermawan Kuek Ho Nian.

2000
Bagi memberikan keselesaan warga sekolah, pihak PIBG telah menaik tarafkan dewan serbaguna dengan ‘pake’. Guru Besar Encik Lai Swee Hong bersara pada 16hb. Jun dan di ganti oleh Encik Goh Sai Tee, Guru Besar dari SJK(C) Tampoi, Johor Bahru.

2001
Pihak PIBG mengatapi kawasan tempat menunggu bas dan juga mendirikan tembok batu sebagai pagar.

2002
Kawasan sekolah diindahkan dengan penanaman pokok-pokok bunga dan pokok-pokok hiasan bagi menambahkan keceriaan.

2004
Bangunan sekolah Blok A dicat semula dan lantai kelas dan kakilima ditutupi dengan jubin. Prasarana sekolah dipertingkatkan dan sekolah menjadi lebih kondusif untuk belajar.

2006
Pn.Wong Wei Choon dilantikan sebagai Guru Besar di sekolah ini pada 1 Oktober 2006. Beliau merupakan Guru Besar wanita yang pertama di sekolah ini. Beliau telah berusaha menyusun semula fail-fail serta bilik-bilik khas di sekolah ini termasuk bilik mesyuarat dan bilik maklumat Guru. Pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah lebih berstruktor dengan guru besar yang berwawasan.

2007
Sebuah kantin baru yang bertingkat 2 dibina pada 27 Mei 2007 bagi menggantikan kantin lama yang telah kelihatan uzur kerana tertelan zaman. Pembinaan kantin baru telah menaikkan taraf infrastruktor sekolah ini dan murid-murid sesi pagi tidak perlu diadakan 2 sesi waktu rehat seperti yang diadakan sebelum itu. Gelanggang bola keranjang juga dipasang bumbung supaya boleh digunakan walaupun pada hari hujan.

lencana sekolah

  • Rekacipta oleh En.WANGXICHU (Pengasas pertubuhan sekolah-sekolah Foon Yew )
  • 1.1.1958 : Wujudnya sekolah SJK( C ) Foon Yew 2, setelah pertubuhan SJK( C ) Foon Yew 1 pada tahun 1913.
  • Satu Bulatan : Melambangkan satu tekad menjayakan Kurikulum ke mercu Wawasan Pendidikan.
  • Lambing buku : BELAJAR-BERILMU
  • Obor : Ke arah Kecemerlangan Pendidikan dan berwawasan
  • Tiga warna asas : Merah , Biru dan kuning melambangkan tiga kemahiran asas KBSR( Membaca, Menulis dan Mengira )
  • Merah : Merah melambangkan Semangat, Motivasi dan Keghairahan menimba ilmu untuk mencapai Matlamat Sekolah.
  • Biru : Gear bergigi melambangkan keluhuran integrasi antara kaum menggerakkan mekanisme Pengajaran dan Pembelajaran berunsurkan Tekonologi Moden.
  • Kuning : Latar belakang melambangkan Kedaulatan Undang-undang dan Peraturan sekolah.

Maklumat Asas Sekolah

 

Pada 1.1.1958 , SRJK( C ) Foon Yew (2) ditubuhkan dengan bilangan murid seramai 1,190 orang dan 30 orang tenaga pengajar. Bangunan Sekolah Menengah Foon Yew di Jalan Stulang Laut dijadikan sekolah sementara yang mengandungi 26 buah bilik darjah. Guru Besar yang pertama pula ialah En. Teo Cheng Kwang. Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan tanah, seluas 5 ekar yang terletak di persimpangan Jalan Ulu Air Molek dan Jalan Abdul Samad sebagai tapak sekolah. Jabatan Pendidikan Johor memperuntukkan 76,000 ringgit manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat menyumbang 89,000 ringgit. Ibubapa daripada kelima-lima buah Sekolah Rendah Foon Yew menderma sebanyak 19,463 ringgit. Jumlah kutipan keseluruhan ialah 184,763 ringgit. Keluasan sekolah ialah 5.20 ekar bersamaan 2.10 hektar.

Lokasi SJKC Foon yew 2 terletak di Jalan Tasek Utara bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail. Pada masa kini, bilangan enrolmen murid untuk kedua sesi persekolahan adalah seramai 1425 orang. Bilangan guru pula seramai 69 orang. Bilangan staff sokongan pula seramai 5 orang. Jarak sekolah dengan Pejabat pelajaran Daerah Johor Bahru kira-kira 3 kilometer sahaja. Pada masa ini kemudahan fizikal yang terdapat di sekolah ini seperti sebuah dewan seba guna, sebuah blok pentadbiran, sebuah kantin, sebuah kawasan padang dan dua buah blok akademik yang menempatkan kelas. Antara kemudahan yang disediakan seperti makmal komputer, perpustakaan, pusat sumber dan pusat akses kendiri.

SJKC Foon Yew terletak dalam Dewan Undangan Negeri Pengkalan Rinting di bawah Parlimen Pulai. Kedudukan sekolah di bawah kawal selia Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru. SJKC Foon Yew 2 diletakkan di bawah Pusat Kegiatan Guru Tasek Utara. Pada masa ini, pengurusan tertinggi sekolah ditadbir oleh Puan Wong Wei Choon sebagai guru besar. Beliau dibantu oleh 4 orang penolong kanan iaitu Encik Chong Su Min sebagai GPK Pengurusan, Puan Lim Ah Lan sebagai GPK Hal Ehwal Murid, Puan Tan Geok Lan sebagai GPK Ko-kurikulum dan Puan Lee Yueh Hsiu sebagai GPK Petang. Seramai 3 orang guru cemerlang bertugas di sekolah ini antaranya Puan Mashitah, Puan Tan Ham Lia dan puan Wan Lee Nar.

 

One comment on “Sejarah & Lokasi

  1. 请问你们可以让学长有的休息吗?例如135,24 之分还有学长可以停止服务吗,还是必须从4-6一直当下去?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s