Panitia Bahasa Melayu

MAKLUMAT PANITIA BAHASA MELAYU TAHUN 2010

PENGENALAN

Panitia Bahasa Melayu merupakan satu cabang strategi yang dibentuk untuk menentukan hala tuju serta merealisasikan matlamat pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.

Panitia ini juga merupaakan perantara untuk meningkatkan lagi mutu dan minat pelajar dalam mempelajari Bahasa Melayu di sekola\ah.

VISI

Panitia Bahasa Melayu ini juga bertujuan untuk membantu murid-murid agar lebih berkemahiran menguasai 3M,iaitu kemahiran membacaa,menulis dan mengira.

PERANAN

1. Menyediakan akses kepada sumber ilmu yang terkini.
2. Membantu murid-murid menggunakan alat yang membolehkan aktiviti berkumpulan dilakukan dengan efektif.
3. Membantu meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
4. Meningkatkan mutu dan prestasi akademik Bahasa Melayu.
5. Sentiasa peka terhadap perubahan-perubahan dalam sukatan atau format Bahasa Melayu terkini.

PELAKSANAAN

Melalui Panitia Bahasa Melayu ini juga,murid-murid dapat dirangsang melalui perisian simulasi,mirtual reality,pertandingan dan sebagainya.

Guru-guru juga dapat mengumpul,mencari dan mengorganisasikan maklumat yang diperolehi melalui :

Kajian terhadap soalan-soalan yang telah diberi dalam ujian-ujian seperti
1. Ujian bulanan dan peperiksaan semester.
2. Penilaian berterusan melalui latihan,ujian sumatif dan pemantauan.
3. Membantu pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran.

OBJEKTIF

1. Melahirkan insan yang berdisiplin,berilmu dan berakhlak mulia serta berdaya saing sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara.
2. Meningkatkan prestasi akademik dalam mempelajari Bahasa Melayu berpandukan sasaran yang telah ditetapkan.

MATLAMAT

1. Mewujudkan insan pendidik Bahasa Melayu yang unggul dan cemerlang.
2. Melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti dan berdaya saing.
3. Mencapai prestasi akademik yang membanggakan.

CARTA ORGANISASI PANITIA BAHASA MELAYU

PROGRAM BERSEPADU KECEMERLANGAN AKADEMIK-PANITIA BAHASA MELAYU

BIL AKTIVITI HURAIAN / JUSTIFIKASI OBJEKTIF SASARAN JANGKA MASA INDIKATOR KEJAYAAN
1 Pertandingan bercerita Bahasa Melayu Murid tidak memahami sesetengah maksud perkataan Bahasa Melayu.Murid tidak berkeyakinan untuk bercakap dikhalayak ramai.

Murid tidak dapat membaca dengan lancar, sebutan yang tepat dan intonasi yang betul.

murid kurang didedahkan dengan aktiviti penceritaan.

Murid dapat membentuk sifat keyakinan dalam diri mereka.murid dapat menonjolkan bakat masing-masing.

murid dapat menambahkan dan memahami kosa kata Bahasa Melayu.

Semua murid Tahun 2 hingga 6 Januari hingga Oktober 80% murid menyertai pertandingan bercerita.100% murid dapat memahami cerita yang didengar dan sekaligus dapat menambah kosa kata Bahasa Melayu.
2 Pertandingan kuiz dalam Bahasa Melayu. Murid lemah dalam tatabahasa Bahasa Melayu.Murid kekurangan ilmu dalam bab isu semasa.

Murid tidak dapat menulis dengan menggunakan format yang betul dan ayat yang tepat.

Murid dapat menjawab soalan tatabahasa menarik, betul dan tepat.Murid dapat menonjolkan bakat masing-masing. Semua murid
Januari hingga Oktober 60% murid dapat menguasai aspek tatabahasa.100% muridmenyertai kuiz bertulis ini dan sebilangan mereka dapat menjawab dengan baik.
3 Pertandingan syarahan Murid kurang pengalaman dalam syarahan Bahasa Melayu.Murid kurang minat dalam syarahan. Murid dapat menonjolkan bakat
Semua murid Tahun 5 dan 6 Januari hingga Oktober 60% murid ada kebolehan untuk memberikan syarahan.

 

Jawatankuasa Panitia Sesi 2011

2 comments on “Panitia Bahasa Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s